Ada seorang asli baru balik daripada mencari petai. Kemudian bertemu dia dengan seorang peraih petai Cina. Berundinglah kedua orang tersebut. Bersetujulah mereka dengan tawaran harga RM 1.00 bagi satu papan petai. Cina itu mengatakan ia akan datang mengambilnya kemudian.
Seketika peninggalan peraih Cina tersebut, datang seorang Melayu berselisih pula dengan pencari petai tadi. Berhenti ia bertanya "En., petai ini juallah kepada saya.". Tapi orang asli itu enggan. Katanya "Saya sudah janji dengan Cina tadi". "Dia akan datang mengambilnya petang nanti".
"Juallah En., berapapun dia bayar, saya sanggup bayar". Namun orang asli itu tetap enggan menjualnya. Selepas menggunakan segala jenis pujuk rayu, akhirnya berjaya juga ia membeli petai itu. Ia pun pulanglah dengan gembiranya. 100 papan semuanya petai tersebut, telah diborong kesemuanya.
Sampai di rumah, selepas berehat seketika, terasa di hati kecilnya untuk mengira jumlah petai yang ada. alangkah terkejutnya, bila mendapati hanya 90 papan sahaja. Mana perginya 10 papan lagi. Tercicir dalam perjalanankah?. Mana mungkin?. Ia berasa tidak puas hati. Ia segera turun ke bawah rumah, mengambil motosikal kapcainya, dengan penuh semangat geram bergegas dan meluncur macam roket ke rumah orang asli tadi.
Sampai di sana terus bertanya kepada orang asli tadi. "Tadi aku bayar kau untuk 100 papan. Kenapa kau beri aku hanya 90 papan sahaja?. Orang asli itu dengan selamba rocknya berkata "Itulah encik, saya sebenarnya nak tipu Cina, tapi encik nak juga"
Kisah orang asli
Seorang wartawan bertana kepada orang asli, "En. makan keretapi?.".
"Makan!!!" jawab orang asli dengan konfidennya. Tanya wartawan itu lagi, "En. makan kapal?".
"Makaaan!" jawab orang asli itu. Wartawan itu bertanya lagi, "En. makan kapal selam?".
"Kapal Selam?". Tanya orang asli itu inginkan kepastian. "Ya!", jawab wartawan penyibuk itu.
"Ohh.... maaakannnn..., makan" balas orang asli itu kemudiannya.
Wartawan itu kurang berpuas hati. Ia bertanya lagi. Kali ini lebih kuat lagi. "Encik !. En. makan tak helikopter?".
Orang asli yang sedang tekun bekerja itu terus mengangkat kepalanya dan merenung tajam ke arah wartawan itu.
"Ya, helikopter...." tegas wartawan itu. Orang asli itu kelihatan agak meradang. "En. jangan main-main dengan saya...
Helikopter itu besi... mana boleh dimakan...".
"Ohhh... begitu..." wartawan itu mengangguk seakan faham.
Mesej dari cerita ini - orang asli itu sebenarnya hanya biasa melihat dan mengenali helikopter sahaja kerana selalu menghantar bekalan ke tempatnya. Yang lain-lain itu semuanya dia tak pernah lihat. Sebab itu semua dikatanya dia makan. Itulah kata orang, orang asli makan segalanya, kecuali helikopter.
No comments:
Post a Comment