TUJUAN PENTERNAKAN KAMBING
Daging
Pengeluaran daging dari penternakan kambing meliputi dua bahagian aktiviti. Penternak boleh menjalankan mana-mana satu bahagian aktiviti ini ataupun kedua-dua sekali.
Ciri-ciri kambing pedaging:
1. Beranak 3 kali setahun.
2. Cepat matang biasanya 6 bulan untuk kambing jantan dan 10-12 bulan untuk kambing betina.
3. Konformasi badan yang tegap, mantap dan baik.
DAGING | KOLESTROL (mg) | KALORI | LEMAK (mg) | PROTIEN (gm) |
Kambing | 63.8 | 122 | 2.6 | 23 |
Ayam | 76 | 162 | 6.3 | 25 |
Lembu | 73.1 | 179 | 7.9 | 25 |
Biri-biri | 78.2 | 175 | 8.1 | 78.2 |
Jadual diatas menunjukkan hasil ujian oleh USDA, Washington, D.C. ke atas setiap 3 ounce daging kambing, daging lembu, daging bebiri dan daging ayam yang dipanggang, daging kambing.
Membiak
Memelihara kambing baka dan mendapatkan anak untuk dipelihara, digemuk dan dijual untuk pengeluaran daging
Penggemukan (Fattening)
Memelihara anak-anak kambing terutamanya jantan dari 6 bulan hingga setahun atau setahun setengah dengan berat badan sekurang-kurangnya 25 kg sebelum dijual untuk sembelihan
Susu
Susu kambing telah digunakan sejak dahulu lagi kerana mempunyai khasiat yang tinggi. Mengikut analisa peratusan kandungan dalam susu kambing berbanding susu lain, susu kambing dipercayai mempunyai kualiti yang lebih baik daripada susu lembu dan manusia dari segi kandungan protein dan lemak.
Berikut paparan peratus perbandingan kandungan susu kambing, susu lembu dan susu manusia:
Jenis susu | Kambing | Lembu | Manusia |
Air | 87.8 | 87.3 | 87.6 |
Gula | 3.8 | 3.7 | 4.1 |
Lemak | 1.2 | 3.3 | 3.7 |
Protin | 7.0 | 4.8 | 4.7 |
Abu | 0.2 | 0.7 | 0.7 |
No comments:
Post a Comment