Monday, March 29, 2010

Kambing Toggenburg.


Negara asal:Toggenberg Valley Switzerland.

Tujuan:Untuk penghasilan susu dan daging

Ciri-ciri:Bersaiz sederhana,tegap,bertenaga.Sentiasa “alert”.Saiz badannya kecil daripada kambing alpine.Berbulu pendek atau sederhana panjang,lembut,halus dan rata.Mempunyai pelbagai warna daripada “Light Fawn” ke perang gelap dengan tanda putih yang ketara.Telinga berwarna putih dengan tompokan gelap di bahagian tengah, dua jaluran putih di muka hingga ke muncung.Kaki belakang nerwarna putih dari pergelangan kaki hingga ke tapak sama seperti kaki hadapan.Prestasi baik di tempat sejuk. Merupakan baka susu yang tertua.Terkenal dengan pembentukan umbing susu yang terbaik(ujian purata lemak 3.7)

Berat

Jantan:sekurang-kurangnya 50-55 kg

Betina:45-50kg

Sunday, March 28, 2010

kambing boer


Negara asal:Afrika tengah dan Tenggara. Baka asli dengan campuran kambing European,angora dan indian,
Tujuan:untuk jurusan pedaging.
Ciri-ciri: Mempunyai warna putih dan coklat di kawasan leher dan kepala.Ia juga mempunyai tanduk pada jantan dan betina.Ia sangat popular pada masa kini.Kambing boer ini beranak 3 kali dalam masa 2 tahun.Ia cepat matang biasanya pada umur 6 bulan untuk kambing jantan manakala 10- 12 bulan untuk kambing betina.
Berat
Jantan:110 kg – 135 kg
Betina:90 kg – 100 kg

Saturday, March 27, 2010

Kambing Saanen




Negara asal: Lembah Saanen di Switzerland.

Tujuan ternakan: daging dan susu (dwiguna)

Ciri-ciri: Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu. Hidungnya lurus dan muka berupa segitiga. Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan. Ekornya tipis dan pendek. Tanduk didapati pada kedua-dua jantina. Kekacang di leher boleh dilihat pada baka ini.

Pengeluaran susu: berbeza di antara 500 kg dan 1,200 kg dalam tempoh 250 hari, (purata 800 kg).

Berat dewasa:

Jantan:70-85kg

Betina:55-70kg

Friday, March 26, 2010

Anglo Nubian


Negara asal: Eropah barat
Tujuan ternakan:pengeluaran daging dan pengeluaran susu (dwiguna).
Pengeluaran susu: menggalakkan dan ianya boleh mengeluarkan 2 kg susu satu hari dan 250 - 300 kg bagi satu laktasi.
Ciri-ciri: Baka Anglo Nubian mempunyai sifat-sifat baka Zariby (Nubian) dari Mesir dan juga baka Jamnapari dari India. Kambing ini disifatkan sebagai tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Kambing jenis ini berbadan besar dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah. Hidung kambing jenis ini melengkung ke bawah dan mempunyai kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 s.m. Kebiasaannya kambing Anglo Nubian tidak mempunyai tanduk tetapi mempunyai bulu badan yang pendek. Warna bulu ialah coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.

Berat dewasa:
Jantan:75-85kg
Betina:55-70kg

Thursday, March 25, 2010

jamnapari


Negara asal:India.Ianya dibawa masuk ke Malaysia dengan maksud dikacukkan dengan kambing tempatan untuk membaiki populasi, genetik ternakan tempatan.

Tujuan ternakan:Baka ini digunakan untuk keluaran daging dan juga susu (dwiguna).

Ciri-ciri:Pandangan dari sisi menunjukkan muka yang cembung (Roman nosed) dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah.Badan adalah lebih besar dan tinggi dari kambing kacang dan terdapat tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang, bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan berwarna campuran hitam dan kekuningan.

Berat dewasa:

Jantan:68-91kg

Betina:36-63kg

Kambing jenis ini telah pun digunakan secara meluas di Malaysia bagi memperbaiki mutu kambing tempatan.

Wednesday, March 24, 2010

jenis kambing

Kambing Kacang

Negara asal:dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia.
Tujuan ternakan:keluaran daging.
Ciri-ciri:Kambing jenis ini mempunyai badan yang kecil dan pendek dan tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang. Telinganya tegak ke sisi. Terdapat janggut pada kambing jantan dan jarang pada betina. Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.Leher adalah pendek dan bahagian belakang adalah lebih tinggi dari bahu, purata ketinggiannya ialah 5- - 60 s.m. Kulit badan nipis tetapi mempunyai bulu yang kasar. Warna bulu biasanya hitam, coklat dan kadangkala terdapat tompok-tompok putih di kaki atau badan. Kelahiran kembar adalah salah satu ciri-ciri kambing ini yang baik. Pengeluaran susu adalah sedikit; tidak lebih dari 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 - 6 bulan.
Berat dewasa:
Jantan:25-30kg
Betina:20-25kg

jenis kambing

Kambing Kacang (Katjang)

Negara asal:dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia.
Tujuan ternakan:keluaran daging.
Ciri-ciri:Kambing jenis ini mempunyai badan yang kecil dan pendek dan tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang. Telinganya tegak ke sisi. Terdapat janggut pada kambing jantan dan jarang pada betina. Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.Leher adalah pendek dan bahagian belakang adalah lebih tinggi dari bahu, purata ketinggiannya ialah 5- - 60 s.m. Kulit badan nipis tetapi mempunyai bulu yang kasar. Warna bulu biasanya hitam, coklat dan kadangkala terdapat tompok-tompok putih di kaki atau badan. Kelahiran kembar adalah salah satu ciri-ciri kambing ini yang baik. Pengeluaran susu adalah sedikit; tidak lebih dari 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 - 6 bulan.
Berat dewasa:
Jantan:25-30kg
Betina:20-25kg

Tuesday, March 23, 2010

Ciri-ciri baka baik

Jantan

Betina

Besar dan berat badan lebih 25 kg.

Sedang dan berat badan tidak kurang 20 kg.

Kepala bersaiz sederhana, bertanduk atau tidak bertanduk dan mempunyai mata bersinar.

Panjang dan sederhana.

Leher dan bahu tidak panjang dan pejal.

Leher jinjang,dan bahu kecil dan sengit.

Dada bidang dan gempal.

Dada sederhana.

Bahagian belakang kurus, tegap.lebar dan berdaging penuh.

Kaki hadapan tegap dan kukuh kedua-duanya selari.

Kaki belakang tegap dan kukuh kedua-duanya selari, peha lebar dan besar.

Kaki hadapan tegap dan kukuh kedua-duanya selari.

Tapak kaki rata, boleh berdiri tetap dan melangkah dengan baik, kuku pendek.

Mempunyai ambing susu dan puting susu yang sempurna.

Mempunyai tabiat yang cergas dan gagah.

Cergas dan subur.

Tidak mudah dijangkiti penyakit

Tidak mudah dijangkiti penyakit